Page 2 of 3 FirstFirst 123 LastLast
Results 11 to 20 of 22
  1. #11

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    Kawe penah casting guwan mlm.plg efektif adalah jenis topwater opper saiz 7cm warna cerah mcm kuning,putih,chatrous,ensil, inline spinner, mcm grim bg tau,haruan akan main sekitar permukaan air di gigi air@ tengah mengikut kawasan buruan terutama anak ikan.
    Penggayaan lure mestilah konsistan,tdk laju, dan terlampau kuat.
    Masa plg cun pd tgh mlm sekitar jam 11mlm keatas. Penggunaan umpan hidup spt katak,anak ikan jg blh dgunakan.
    yocox.com
    010-4050012

  2. #12
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mah
    Posts
    7

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    kito pom buleh doh lesen main casting.. ikey haruan jugok... besar tuh...
    buleh kiro la....tapi gak nok buleh casting duk suluh dulu ikey tu duk mano....
    bawu tohok upey..
    try doh katok getoh...
    xnyamba2...
    guno SteelShad bladebait... bawu samba....

    hok otai2 tuh...
    acu bui petua casting utk alik male......
    pah gamba lure untuk alik male etek...

  3. #13

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    hasil casting malam






    haruan terbesar hasil night ppping sepanjang 20 inchi

    abu tormentor dgn inline spinner

    lagi hasil dgn tormentor
    yocox.com
    010-4050012

  4. #14
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mah
    Posts
    7

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    oloh...nyekit nyoh...racun molek.....
    port mano?? area kelate?

  5. #15

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    pok yo kito wat tubik doh racun..hu3
    dia ni salah sorang mahaguru hok suko merendahkn diri,..

  6. #16

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    Quote Originally Posted by grimripper
    Pengenalan
    Haruan atau nama saintifiknya Channa Striata adalah antara ikan yang paling digemari oleh pemancing di Malaysia. Haruan juga dikenali didalam bahasa Inggeris sebagai Common Snakehead, Striped Snakehead dan Chevron Snakehead. Haruan juga dipanggil toman paya (Malaysia), pla chorn (Thailand), gabus (Kepulauan Jawa), delak (Kalimantan) dan murrel (India). Haruan juga bersaudara dengan toman, bujuk, toman bunga, haruan palas dan keluarga snakehead (Channidae) yang lain. Channa Striata adalah ikan asal (native) di Pakistan, India, Selatan Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Cambodia, Selatan China, Malaysia, Sumatra, Borneo, Sabah, Jawa Barat, Vietnam dan Laos. Haruan juga adalah spesies yang diperkenalkan (introduced species) di Filipina, Madagascar, Sulawesi, Mauritius, New Caledonia dan Hawaii.


    Saiz haruan sebesar ini dapat memberikan kepuasan kepada para pemancing haruan (Foto ihsan dari rohu_slayer)

    Habitat

    Di Malaysia, haruan boleh dijumpai di sungai, tasik, paya, sawah padi, lombong dan juga parit/taliair ditepi jalan (Mohsin dan Ambak, 1983; Lee dan Ng, 1991). Ng and Lim (1990) menyenaraikan bahwa pada kawasan yang terbuka, haruan adalah snakehead utama didalam kawasan yang cetek (1 meter atau kurang) yang dipenuhi dengan rumpai/lumut/ tumbuhan air. Lee and Ng (1991) juga melaporkan bahawa haruan adalah spesies yang paling mudah menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran termasuk keadaan air yang berkualiti rendah dan mampu bergerak di darat.





    Antara habitat yang dihuni oleh haruan

    Haruan juga adalah ikan yang boleh bernafas secara terus dengan udara, selain daripada menggunakan insang, yang juga dipanggil sistem pernafasan bimodal. Apabila kandungan oksigen yang diambil melalui insang dan kulit menjadi kurang, haruan akan timbul dipermukaan untuk mendapatkan oksigen daripada udara, sama seperti keluarga snakehead yang lain. Haruan boleh hidup di dalam air yang pada kadar pH 4.25 hingga 9.40.


    Kepentingan perubatan dan komersil

    Haruan adalah salah satu ikan air tawar yang dijadikan makanan di kebanyakan tempat di Asia Tenggara. Adalah dipercayai bahawa haruan berkhasiat menyembuhkan luka-luka terutama selepas pembedahan dan bersalin. Kajian telah dilakukan di Jabatan Sains Bio Perubatan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor menunjukkan bahawa kesan antinociceptive yang dihasilkan dari daging dan lendir ikan haruan mengalakkan aktiviti komponen antinociceptive yang lain bagi mempercepatkan pernyembuhan (rujuk : Journal of Ethopharmacology, July 1997; 57 (2):125-130; August 1999; 66(2):161-166). Krim yang dihasilkan daripada tisu daging haruan juga mengandungi asid arachinodic yang tinggi, asid amino yang penting dan asid lemak tidak tepu yang menggalakan sintesis gentian collagen untul menyembuhkan luka , sama seperti Centrimide iaitu bahan antiseptik yang berasaskan ammonium. (Baie and Sheikh, 2000)


    Saiz haruan antara 300-500g ini antara saiz yang paling mudah dijumpai

    Walaupun ikan dari keluarga snakehead ini tidak disukai di Amerika Syarikat, ikan haruan ini pernah diternak secara komersil di Hawaii. Pada tahun 1999, Program Penyelidikan Innovasi Perniagaan Kecil, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat telah membiayai projek Fasa 2 kepada Syarikat Perikanan Hawaii di Waialua, Hawaii sebanyak USD230,000 untuk 2 tahun bagi membangunkan penternakan Channa Striata atau haruan secara komersil. Fasa 1 telah dilakukan dan adalah untuk mengkaji fesibiliti memelihara haruan di dalam kurungan, pembiakan dan pemakanan. Fasa 2 disasarkan untuk menghasilkan benih dan anak ikan secara pembiakan aruhan, kajian tambahan keasta pemakanan dan prestasi pembesaran yang kos efektif ketahap yang boleh dipasarkan.

    Ng dan Lim (1990) dan Lee dan Ng (1991) telah menyatakan bahawa Channa Striata (Haruan), Channa micropeltes (Toman) dan Channa lucius (Bujuk), digunakan untuk tujuan perubatan terutama di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, Bard (1991), pernah melapurkan bahwa ikan haruan dipelihara di Vietnam kerana mempunyai permintaan dan harga yang tinggi di pasar Hanoi, menyamai harga sekilo daging lembu.

    Rujukan: USGS


    Peralatan Memancing Haruan

    Kekili
    Untuk memancing haruan, peralatan yang sesuai bergantung kepada keadaan tempat memancing dan saiz haruan yang berada disitu. Ditempat yang terbuka, penggunaan kekili baitcaster boleh digunakan seperti ditepi lombong atau tasik. Sekiranya haruan yang diburu ditempat yang bereba dan kawasan yang terhad seperti dipaya-paya, taliair, parit dan sungai dimana kawasan yang terhad, penggunaan kekili spinning adalah lebih baik.

    Untuk kekili spinning, saiz yang sesuai untuk casting ialah antara siri 1000 ke 2000 dimana kekili ini bukan sahaja agak ringan tetapi cukup kekuatan drag untuk menahan kekuatan tarikan haruan. Reel yang ringan juga mengurangkan keletihan tangan daripada casting berulangkali

    Joran

    Panjang joran juga bergantung kepada keselesaan pemancing dan kawasan pemancingan. Secara amnya, joran sepanjang 6 kaki atau 6.5 kaki adalah memadai di dalam kekuatan medium (M) dan mempunyai aksi hujung yang pantas (fast action tip). Sekiranya saiz haruan agak besar dan kawasan yang banyak halangan/reba/teratai , joran dalam kelas medium heavy (MH)adalah sesuai digunakan

    Tali

    Untuk tali, jenis tali sulam atau braided adalah sesuai untuk memancing haruan. Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada keselesaan pemancing tersebut. Tali sulam lebih tahan geseran berbanding tali monofilament dan sekiranya gewang digunakan, ianya akan menyelam lebih dalam. Oleh kerana haruan lebih suka menyerang mangsanya dengan cara ambush, haruan lebih suka menyorok di reba, rumpair, bawah teratai atau tepi tebing yang dipenuhi dengan rumput/lalang dan tali sulam lebih sesuai digunakan. Kekuatan bergantung kepada saiz dan tempat. Secara amnya, tali sulam kekuatan 15lb sudah memadai. Dan sekiranya kita mampu mengawal larian haruan, kekuatan tali bolehlah diturunkan kepada 10, 8 atau 6lbs.

    Daripada pengalaman saya di dalam penggunaan tali sulam untuk memancing haruan yang kebanyakkannya ditempat yang penuh rumpai/reba dan sebagainya, geseran tali adalah lebih antara jarak lebih kurang 2 kaki daripada gewang atau umpan. Oleh itu, dinasihatkan selalulah diperiksa bahagian ini terutamanya yang berkekuatan 10lbs kebawah. Untuk mengurangkan keadaan itu, kekuatan perambut yang lebih tinggi dari tali utama hendaklah digunakan. Sebagai contoh, sekiranya menggunakan tali sulam 6lbs, perambut tali sulam dalam kekuatan 10lbs bolehlah digunakan yang disambung secara Uni Knot (boleh rujuk kepada thread "Menyambung tali PE ke perambut")atau membuat ikatan Bimini Twist daripada tali utama

    Untuk peralatan, tidaklah dijuruskan kepada satu-satu jenama tetapi perkara diatas boleh menjadi guideline bagi para pemancing dan bergantung juga kepada budget yang ada


    Kesesuaian peralatan memancing adalah penting bagi mengelakkan ikan terlepas dengan mudah

    Penggunaan Umpan Hidup dalam Pemancingan Haruan

    Umpan hidup yang sinonim didalam pemancingan haruan ialah penggunaan katak. Walaupun umpan hidup yang lain seperti cicak, ikan sepat dan ulat lundi pernah digunakan, penggunaan katak lebih popular. Sebelum datangnya penggunaan joran dan kekili, teknik mengunjun juga menggunakan katak sebagai umpan.

    Pada masa sekarang, umpan katak mudah dibeli di kedai-kedai pancing atau akuarium di sekitar Pantai Barat. Walaupun begitu, umpan ini tidak mudah didapati di sebelah Pantai Timur, Sarawak dan Sabah sehinggakan ada yang terpaksa mencari sendiri katak tersebut. Ada juga bekalan umpan katak ini tidak mencukupi apabila musim memancing haruan tiba seperti di Tanjung Karang, Selangor dan Bagan Datok, Perak.

    Pemasangan Umpan Katak ke Mata Kail

    Berikut adalah cara-cara memasang umpan katak kepada matakail yang disumbangkan oleh Prof Pacman007 sebelum ini.

    Beliau menggunakan Double Hook yang boleh didapati di kedai pancing seperti dibawah :



    Walaupun begitu, beliau juga telah berjaya melakukan pemasangan sendiri bagi meningkatkan kadar hook-up. Beliau menunjukkan cara-caranya seperti dibawah:



    Peralatan yang diperlukan untuk memasang double hook




    Tiub injap basikal dimasukkan ke matakail pertama (weedless)




    Ianya dilekatkan kepada matakail tersebut dengan menggunakan super glue




    Masukkan lubang matakail kedua kepada matakail pertama dan disusuli dengan manik labuci




    Masukkan matakail kedua dan manik labuci kedalam melepasi duri pandan. Manika labuci digunakan sebagai stopper dalam perkara ini




    Cara umpan katak dipasang dilihat dari atas




    Cara umpan katak dipasang dilihat dari bawah


    Pendekatan gewang

    Haruan adalah ikan yang paling mudah dijerat dengan gewang. Secara amnya, haruan akan menyambar apa sahaja benda yang bergerak. Sifat suka menyerang atau ambush menyebabkan haruan gemar mencari tempat dimana membolehkan haruan berlindung dan menyerang secara tiba-tiba. Rumpair, lumut, tunggul kayu atau apa sahaja struktur yang tenggelam akan menjadi tempat perlindungannya. Selain dari itu, haruan gemar merayau jauh apabila air menenggelamkkan sesuatu kawasan tempat tinggalnya untuk memburu.

    Seperti ikan-ikan lain, haruan akan menyambar atas tiga perkara. Pertama, pada waktu haruan mencari makanan. Selalunya pada waktu awal pagi dan lewat petang dimana haruan memburu anak-anak ikan atau unggas lain yang hidup di air. Selalunya pada waktu ini agak mudah menjerat haruan. Kedua dikenali sebagai penyambaran tindakbalas atau reaction strike. Selalunya berlaku apabila ada tindakbalas pergerakan gewang kepada haruan menyerupai diet makanannya. Selain dari itu, tindakbalss ini berlaku diatas sifat ingin tahu haruan terhadap benda yang bergerak berhampiran. Pada keadaan ini, persembahan dan permilihan gewang adalah penting terutama pada waktu tengahari dimana penyambaran haruan agak perlahan. Ketiga adalah disebabkan sifat territorial haruan yang menjaga wilayahnya dari haruan-haruan yang lain. Sekiranya ada unggas atau benda asing yang masuk kewilayahnya, benda itu akan diserang. Dalam hal ini, sekiranya haruan yang menjaga sesuatu tempat atau spot telah dipancing dan dikeluarkan, maka ada ikan haruan yang lain yang akan diganti dan tinggal di situ selang beberapa hari. Selain dari itu, sifat ibu haruan yang menjaga anaknya juga akan menyerang sesuatu dalam radius kawasan kawalannya.

    Spinnerbaits

    Antara kebanyakkan gewang yang biasa dan sinonim dengan pemancingan haruan ialah spinnerbaits ataupun lebih di kenali dengan nama janggut dikalangan pemancing. Banyak berita yang telah kita baca di majalah ataupun secara lisan mengenai kerberkesanan spinnerbaits ini kepada haruan. Ada banyak jenis spinnerbaits ini di pasaran, berbagai bentuk dan warna sehinggakan kita sendiri tidak tahu yang mana satu yang sesuai dengan lubuk haruan kita



    Antara spinnerbaits yang berada di pasaran. Secara pusingan jam dari kiri atas : Hart, Fina Spinbabe, Japanese Brand dan Booyah

    Dari gambar diatas dapat dilihat pelbagai warna dan bentuk spinnerbaits di pasaran. Selain dari ini, ada juga microspinnerbaits dan inline spinnerbaits yang boleh digunakan untuk memancing haruan



    Microspinnerbaits yang dikeluarkan oleh Lucky Craft (LC Area)




    Antara inline spinnerbaits. Dari atas, Mepps Black Fury, Blue Fox Vibrax dan Abu Reflex


    Antara kebanyakan gewang diatas, spinnerbaits yang banyak sekali digunakan di dalam pemancingan haruan


    Pemilihan Spinnerbaits

    Spinnerbaits adalah salah satu gewang yang yang membolehkan pemancing mengewang dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. Walaupun spinnerbaits ini dianggap gewang yang paling senang digunakan, ada beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesananya. Pemilihan warna dan saiz adalah penting walaupun ianya sumbangannya agak sedikit di dalam faktor keberkesanannya

    Sekiranya keadaan air yang jernih, spinnerbaits bersaiz sekecil 1/8 oz boleh digunakan. Apabila keadan air agak keruh, spinnerbaits bersaiz besar (sehingga 1 oz) adalah pilihan yang sesuai. Saiz 3/8 oz dianggap sebagai saiz serbaguna untuk semua keadaan.

    Untuk warna , terbahagi kepada dua: warna skirt dan blade (bilah kekipas). Untuk memudahkan kita memilih, bolehlah mengikut garis panduan yang mudah ini. Untuk hari cerah atau air jernih, skirt yang berwarna putih atau cerah sesuai digunakan. Untuk hari mendung atau air yang keruh (gelap), skirt yang berwarna kehitaman atau kebiruan adalah sesuai. Untuk pemilihan blade, blade yang berwarna silver (perak) adalah sesuai digunakan pada hari cerah atau air jernih manakala blade yang berwarna seperti coppper (tembaga) atau blade berwarna sesuai untuk hari mendung atau air yang keruh

    Antara sistem yang terpenting dalam pemilihan spinnerbaits ialah bentuk blade atau kekipas. Blade memainkan peranan yang penting dalam prestasi spinnerbaits kerana ia menyumbang kepada jenis getaran (vibration), balikan cahaya (flash), daya apungan (lift) dan juga mempengaruhi kelajuan karauan

    Blade jenis Willow dan Colorado adalah jenis blade spinnerbaits yang banyak dipasarkan di kedai-kedai pancing di Malaysia. Setiap jenis blade mempunyai sifat yang tersendiri

    Blade jenis Colorado memberikan spinnerbaits kadar apungan yang tinggi kerana mempunyai bentuk yang bulat yang menolak air pada kadar maksimum. Oleh itu, spinnerbaits ini boleh bergerak pada air yang cetek berbanding dengan jenis blade yang lain. Blade ini juga menghasilkan getaran (vibration) yang lebih besar bila berputar didalam air yang boleh dikesan oleh ikan. Oleh itu spinnerbaits yang mempunyai blade colorado ini adalah sesuai didalam air keruh dimana penghilatan di dalam air adalah terhad



    Hart spinnerbaits dilengkapi dengan dua blade jenis colorado




    Bomber Minibushwaker juga dilengkapi dengan blade colorado tetapi saiz spinnerbaits yang kecil


    Blade jenis Willow mempunyai bentuk yang lebih tirus dari Colorado. Rekabentuk ini memberikan banyak balikan cahaya (flash) tetapi kurang getaran (vibration) berbanding dengan Colorado. Blade jenis willow juga memberikan bayangan (silhouette) yang lebih panjang didalam air disebabkan bentuknya dan pusingan yang lebih cepat (tight rotation). Spinnerbaits ini juga boleh bergerak ditempat yang lebih dalam daripada yang lain. Sekiranya hendak digunakan di tempat yang cetek, kadar karauan hendaklah dibuat dengan lebih cepat. Spinnerbaits jenis Willow ini adalah berkesan pada air yang jernih dimana ikan menggunakan penglihatan sebagai derian utama.



    Fina Spinababe menggunakan dua blade jenis willow yang berlainan saiz


    Kombinasi kedua-dua jenis blade (willow/colorado) pada spinnerbaits adalah salah satu cara memaksimakan prestatsi spinnerbaits. Spinnerbaits jenis ini memberikan getaran dan balikan cahaya yang tinggi untuk merangsang ikan dengan lebih cepat dalam apa jua keadaan. Dengan menguji pelbagai cara dan konfigurasi, membolehkan kita mampu membangunkan spinnerbaits yang mengikut kehendak kita



    Booyah spinnerbaits mempunyai kedua-dua jenis blade (Willow/Colorado) memberikan kelebihan daripada yang lain

    Berikut adalah jadual mengenai jenis-jenis blade sebagai perbandingan




    Disertakan juga jadual pemilihan spinnerbaits mengikut cuaca dan keadaan air





    Pemilihan spinnerbaits yang betul boleh mendatangkan hasil yang baik (gambar ihsan Sild)

    Teknik Karauan Spinnerbaits

    Cara persembahan spinnerbaits bergantung kepada teknik karauannya selain daripada pemilihan spinnerbaits yang betul. Ada beberapa cara teknik karauan yang boleh sipraktikan. Rujukan ini diambil dari majalah Pancing 2002 dan juga dari website

    Teknik Tenggelam Perlahan atau Slow Rolling



    Teknik ini selalu digunakan pada perairan yang agak dalam (lebih 5 kaki). Cara ini, kita ingin memngekalkan spinnerbaits kita pada dasar dan berlanggar kepada apa-apa juga struktur yang berada didasarnya. Caranya, cast spinnerbaits dan apabila jatuh ke air, samada terus mengarau atau mengira (countdown) dengan membiarkan spinnerbait tenggelam pada kedalaman tertentu, baru buat karauan. Kekalkan kadar karauan yang tetap supaya spinerbaits bergerak sepanjang masa. Henjutan secara stop and go juga boleh digunakan


    Teknik Atas Air atau Wake or Bulging



    Teknik ini agak payah sedikit untuk dipraktikkan buat kali pertama kerana memerlukan pengawalan gewang yang baik. Hanya cast pada kawasan sasaran dan karau spinnerbaits secepat yang boleh dimana ianya menimbulkan hanya riak larian atau Wake/Bulge hanya dibawah permukaan tanpa mengocakkan air. Persembahan ini sesuai digunakan berhampiran/sekitara kayu tenggelam, rip-rap, drop-off, rumpair, edge drops, jeti atau apa juga struktur dimana haruan tinggal


    Teknik Mengunjun atau Jigging



    Teknik ini ada masanya agak efektif selalunya sekitar rumpair. Cast spinnerbait pada kawasan sasaran, biarkan tenggelam dan buat karauan seperti Teknik Tenggelam Perlahan. Semasa karauan, kekalkan tegangan, angkat joran 2 atau 3 kali seterusnya biarkan spinnerbaits tadi tenggelam semula ke dasar. Ulang pergerakkan tadi sehingga habis


    Teknik Mengembur Tanah atau Dragging



    Teknik ini digunakan untuk mencari ikan di dasar sungai atau tasik dimana dasarsungai dibongkar untuk menarik perhatian ikan. Cast spinnerbaits dan biarkan ianya tenggelam ke dasar. Karau dahulu tali sedikit , angkat rod dari 90 darjah ke 360 darjah (vertical). Selepas tu biarkan tenggelam semula, karau tali yang slack dan ulang semula pergerakkan rod sehingga selesai. Pastikan tali dalan keadaan tegang sepanjang masa

    Teknik Rentapan atau Twitching [



    Teknik ini amat berkesan sekiranya kawasan mempunyai pokok tumbang dan rumpair di dasar. Contohnya, sekiranya kedalam air ialah 8 kaki, biarkan spinnerbaits tenggelam pada kedalam 4 atau 5 kaki sebelum henjutan pertama dibuat. Lakukan henjutan pada kadar 5 atau 6 kali dan sekiranya ada banyak tunggul atau reba, hantukan spinnerbaits pada struktur tersebut akan menarik perhatian ikan seperti ikan cedera


    [Teknik Lontar dan Karau (Chuck N Wind)



    Teknik yang selalu atau biasa digunakan oleh para pemancing. Hanya cast spinnerbaits dan karau pada kadar yang sederhana untuk membiarkan spinnerbaits pada paras kedalaman 4 atau 5 kaki. Teknik ini amat sesuai untuk perairan yang cetek (tidak melebihi 10 kaki) dimana pemancing hendak merangkumi kawasan yang luas pada masa yang singkat

    Teknik Helikopter



    Teknik ini dinamakan helicopter kerana kita membiarkan spinnerbaits tenggelam ke dasar dan berpusing secara sendiri semasa free fall. Ianya amat efektif di tempat yang strukturnya timbul seperti pokok mati, dinding konkrit dan sebagainya. Lontar berhampiran dengan struktur tersebut, biarkan kedudukan rod pada 60 darjah dan pastikan tali kendur dengan membuka baill arm supaya aksi spinnerbaits tidak lari. Teknik ini juga sesuai untuk ikan yang territorial seperti toman




    Salah satu haruan yang dinaiikan dgn spinnerbaits berwarna chartuese




    Haruan yang dinaikkan dengan spinnerbaits bewarna hitam


    Pemilihan spinnerbaits dan menggunakan teknik karauan yang betul dapat mengoda haruan dgn mudah




    Penggunaan Soft Plastics


    Soft Plastics (SP) atau gewang plastik adalah salah satu gewang yang amat berkesan didalam memancing haruan. Ada berbagai jenis dan bentuk SP yang terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk replika ikan, katak, cicak dan cacing dan ada juga yang berbentuk pelik seperti grub, creature dan sebagainya. Ianya juga terdiri dari pelbagai warna dan kadang-kadang menyebakan kita sediri tidak tahu yang mana hendak di pilih. Dibawah adalah pelbagai contoh SP yang terdapat di pasaran



    Grub daripada Team Daiwa dan River2sea, Replika katak dari River2sea dan replika cicak daripada Berkley Powerbait




    Berkley Powerbait 3 inch grub yang terdiri dari pelbagai warna (putih/marron dan oren)


    Kelebihan penggunaan SP ialah:

    1. Hampir menyerupai bentuk mangsa menyebabkan ianya lebih realistik
    2. Boleh digaya atau dipasan dalam pelbagai cara
    3. Pelbagai cara teknik karauan
    4. Ada soft plastics yang mempunyai bau untuk menanbahkan
    keberkesanan seperti Berkely gulp


    Soft Plastics berbentuk Katak/Cicak
    Pengunaan SP berbentuk replika mangasa adalah antara SP yang paling popular kerana ianya lebih menyerupai makanan haruan. Antara yang popular antara pemancing haruan ialah Viva Mazzy Frog (MF30/MF40) dan LiveFrog dari River2Sea




    Viva Mazzy Frog MF30 (bawah) dan MF40 (atas) dalam pelbagai warna




    LiveFrog dari River2Sea

    Soft Plastics berbentuk Grub dan Worm

    Antara kebanyakkan umpan soft plastics, grub dan worm adalah yang paling biasa digunakan dalam arena sukan memancing. Terdiri dari pelbagai saiz dan warna, ianya merupakan umpan yang paling versatile dimana kita boleh memasangnya (rigging) mengikut cara pemancingan kita



    Pelbagai warna dan saiz grub ynag boleh didapati di pasaran (atas dari Team Daiwa, tengah dari R2C)


    Apakah perbezaan antara grub dan worm? Grub selalunya lebih pendek damn mempunyai ekor yang lebih lebar berbanding dengan worm dimana mempunyai bentuk badan yang lebih panjang seperti gambar dibawah



    Perbezaan anatar grub dan worm. Diatas sekali alah grub yang telah siap di rig secara kalis sangkut menggunakan worm hook
    diharap ada yg bleh kongsi info mengenai spesis kerandang atau tman bunga,satu spesis yg di undang kepupusan..

  7. #17

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    molek benar penerangan demo jelas sekali


    0139747693

  8. #18

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    Kerandang, toman bunga, toman jelai dan seangkatan dengan adalah pemalu dan cerewet. Dietnya sama seperti haruan. Biasa dia lepak dibawah reba di tempat yang kurang gangguan, ada teduhan atau rumput yg timbul ditepi tebing. Air yang bersih, jernih dan mengalir tenang. Sungguh berani menyambar gewang walaupun jarak dgn pemancing 3 meter. Degil, walaupun rabut masih sanggup menyambar utk kali 2 dan ketiga. Biasanya dia akan memintas gewang utk kali pertama tanpa sambaran, dan cuba menerkam gewang utk kali kedua atau ketiga. Tenaga yang terhad, w/pun bersaiz 2kg, perlawanannya 3 minit sahaja. Bila ia meyedari ditipu, ia akan lepak tak bergerak dalam sarang hingga pemancing rasa geram, kerana air yang jernih ia boleh dilihat dengan jelas. (Jap lagi kawe pakai serampang lak).
    celcom - tigo limo semile 5 5 pat tigo

  9. #19

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    kawe dah lama dah dok ngidam nak tarik kerandan, ado ko yg sudi bawak kawe


    0139747693

  10. #20

    Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk)

    Boleh bos, asalkan sudi redah-redah carik toman jelai.
    celcom - tigo limo semile 5 5 pat tigo

 

 

Similar Threads

  1. Toman oh Toman!
    By bandang in forum Melanun casting
    Replies: 40
    Last Post: 03-08-2011, 06:37 AM
  2. 2nd trophy for 2011(Toman)
    By kunyit_kampung in forum Laporan trip melanun air tawar
    Replies: 9
    Last Post: 01-24-2011, 02:21 AM
  3. Mama toman dah naik..................
    By kunyit_kampung in forum Laporan trip melanun air tawar
    Replies: 18
    Last Post: 01-23-2011, 03:47 AM
  4. Toman Hunter.................
    By kunyit_kampung in forum Laporan trip melanun air tawar
    Replies: 15
    Last Post: 01-05-2011, 05:02 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
All times are GMT. The time now is 10:04 PM.
Darul Naim Anglers DNA